;
Isnin, 16 Januari 2017 | 3:23pm

Pemuda OKU maut kemalangan


Keadaan motosikal mangsa selepas kemalangan.2. Mayat mangsa kemalangan di tepi Jalan Jerangau-Jabor dekat Cheneh. - Foto Rosli Ilham

CHUKAI: Seorang pemuda cacat pendengaran yang bekerja sebagai buruh di kilang kawasan Perindustrian Gebeng, Kuantan, terbunuh selepas motosikal ditunggang merempuh lori, pagi tadi.

Rizal Effendi Ngah, 33, dikatakan dalam perjalanan dari rumah ibunya di Kampung Padang Kubu ke Kuantan, apabila motosikal Honda EX5 ditunggangnya terbabas memasuki laluan bertentangan.

Ia kemudian berlanggar dengan lori di Kilometer 146.8 Jalan Jerangau-Jabor, dekat Cheneh dalam kejadian jam 8.50 pagi.

Mangsa yang parah di kepala dan badan, meninggal dunia di tempat kejadian manakala mayat dihantar ke Hospital Kemaman.

Pemandu lori berusia dalam lingkungan 30-an tidak mengalami kecederaan.

Sumber berkata, mangsa dikatakan tercampak kira-kira lapan meter dari motosikalnya manakala lori terbabit memasuki parit selepas cuba mengelak daripada melanggar mangsa.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim, ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

177 dibaca
Berita Harian X