;
Selasa, 17 Januari 2017 | 8:42pm

Kaji seragam kadar VEP dengan Singapura


Datuk Seri Liow Tiong Lai (dua dari kiri) melancarkan kempen keselamatan jalan raya melalui media sosial pada Majlis Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Tahun Baharu Cina di Sunway Pyramid, Subang Jaya. -Foto NSTP/Syarafiq Abd Samad

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak menolak kemungkinan untuk mengenakan caj Permit Masuk Kenderaan (VEP) dengan nilai yang sama dikenakan Singapura kepada kenderaan asing yang memasuki negara ini.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata, ketika ini, Singapura mengenakan caj VEP berjumlah RM109.77 (S$35) sehari, tidak termasuk caj jalan raya (RC) S$6.50 (RM20) yang akan diperkenalkan 15 Februari ini kepada kenderaan asing yang memasuki republik itu.

Katanya, VEP yang diperkenalkan oleh Malaysia hanya mengenakan caj RM10 kepada pemilik kenderaan asing selama lima tahun.

"Apa pun, mengenai jumlah caj itu, kita akan mengkaji dari semasa ke semasa, sama ada terdapat keperluan untuk meningkatkan nilai caj VEP sama seperti Singapura lakukan.

"Malaysia akan terus berbincang dengan Singapura berhubung keputusannya sebagai timbal balas terhadap RC Malaysia sebanyak RM20 bagi sekali masuk yang dikenakan terhadap kereta yang memasuki Johor mulai 1 November 2016," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya di sini, hari ini.

118 dibaca
Berita Harian X