Khamis, 19 Januari 2017 | 11:00am

Bot terbakar, TLDM selamatkan 5 nelayan


Lima awak-awak termasuk seorang tekong warga Indonesia diselamatkan oleh Kapal Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) KD Kinabalu selepas bot dinaiki terbakar di kedudukan 20 batu nautika Barat Daya Tanjung Sauh. - Foto NSTP/Muhaizan Yahya

LUMUT: Lima awak-awak dan tekong warga Indonesia diselamatkan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) selepas bot mereka terbakar di kedudukan 20 batu nautika barat daya Tanjung Sauh di perairan Selangor, jam 4.50 petang, semalam.

Asisten Ketua Staf Operasi Markas Pemerintahan Armada TLDM, Kapten Azman Rabani, berkata bot nelayan milik warga tempatan itu diselamatkan Kapal Diraja (KD) Kinabalu yang sedang menjalankan operasi di kawasan berhampiran.

"Anggota KD Kinabalu yang menyaksikan kejadian itu melaporkan kepada Pusat Operasi Armada dan segera memberikan bantuan memadamkan kebakaran.

"Kebakaran itu mengakibatkan kerosakan besar kepada bot sehingga tenggelam separuh namun semua mangsa tidak cedera," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Jeti Operasi Pangkalan TLDM Lumut, di sini, pagi ini.

Azman berkata, bot mangsa kemudian ditarik dengan bantuan bot nelayan lain manakala semua mangsa dibawa ke Pangkalan TLDM.

"Kejayaan bantuan kemanusiaan ini menunjukkan TLDM sentiasa siap siaga dan membuktikan keberkesanan inisiatif Rakan Maritim (RAKAM) dalam membantu komuniti maritim," katanya.

315 dibaca
Lima awak-awak termasuk seorang tekong warga Indonesia diselamatkan oleh Kapal Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) KD Kinabalu selepas bot dinaiki terbakar di kedudukan 20 batu nautika Barat Daya Tanjung Sauh. - Foto NSTP/Muhaizan Yahya
Asisten Ketua Staf Operasi Markas Pemerintahan Armada TLDM Kapten Azman Rabani (kiri) bersama Pengarah Maritim Daerah 3 Lumut, Kapten Maritim Zulinda Ramly (kanan) dan Pegawai Memerintah KD Kinabalu, Lt Kdr Mohamed Hafez Mohamed Dali (dua kanan) berbual dengan lima awak-awak termasuk seorang tekong warga Indonesia yang diselamatkan oleh Kapal Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) KD Kinabalu ketika bot dinaiki terbakar di kedudukan 20 batu nautika Barat Daya Tanjung Sauh. - Foto NSTP/Muhaizan Yahya
Berita Harian X