Selasa, 24 Januari 2017 | 7:59am

TPP ditolak Trump buka peluang besar kepada Jerman

BERLIN: Industri Jerman akan memanfaatkan peluang perdagangan di Asia dan Amerika Selatan yang ditinggalkan Amerika Syarikat selepas Presiden Donald Trump mengambil keputusan untuk keluar daripada Perkongsian Trans-Pasifik (TPP), kata Naib Cancelor, Sigmar Gabriel.


NAIB Cancelor, Sigmar Gabriel. - Foto EPA

Dalam satu temu bual dengan akhbar Handelsblatt, beliau berkata:

"Sekiranya Trump memulakan perang perdagangan dengan Asia dan Amerika Selatan, ia akan membuka peluang bagi kita.

"Trump harus terima ekonomi AS selalunya tidak kompetitif, manakala ekonomi Jerman sebaliknya."

Beliau mengulas ancaman Trump untuk mengenakan tarif 35 peratus ke atas kereta import Jerman dari Mexico.

Trump memeterai perintah eksekutif bagi menandakan AS secara rasminya keluar daripada pakatan 12 negara itu. - Reuters

111 dibaca
Berita Harian X