Khamis, 26 Januari 2017 | 12:25pm

Wanita guna 'tuala wanita' serang polis


TECORA Fields ditahan selepas menyerang pegawai polis dengan menggunakan 'tuala wanita'. - Foto Dailymail

WASHINGTON: Seorang wanita didakwa menyerang pegawai polis dengan 'tuala wanita' yang sudah digunakan ketika cuba meleraikan pergaduhan membabitkannya.

Menurut laporan, Tecora Fields, 28, dari Saint Petersburg, Florida ditahan selepas menyerang pegawai polis dengan 'senjata berbahaya' yang luar biasa.

Sementara itu, media melaporkan, pegawai polis terbabit, Andre Sousa cuba meleraikan pergaduhan membabitkan tertuduh, pada malam Isnin lalu.

Bagaimanapun, seorang daripada mereka, iaitu tertuduh terus memaki hamun polis itu dan mengancam menyumbat mulut Sousa dengan tuala wanita yang dipakainya.

"Defendan kemudian dilihat menyeluk kedua-dua tangannya di bahagian kemaluan dengan seluarnya terbuka," menurut aduan.

Selepas itu, Fields membaling 'benda' yang diambil dari dalam seluarnya ke arah Sosusa, tetapi sebaliknya terkena pada bahagian bahu polis itu.

"Defendan cuba melarikan diri dengan cuba masuk ke dalam rumah tetapi ditangkap selepas ditembak dengan taser," kata laporan.

Fields yang pernah ditahan sebelum ini kerana berkelakuan tidak senonoh dan mabuk, dibebaskan dengan ikat jamin AS$5,000 (RM22,500). - AGENSI

71 dibaca
Berita Harian X