Khamis, 26 Januari 2017 | 11:02pm

Bayar kos tembok jika mahu lawat AS - Trump


DONALD Trump. - Foto AP

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump hari ini mengeluarkan kenyataan keras kepada rakan sejawatannya dari Mexico, Enrique Pena Nieto, supaya 'membatalkan' lawatannya ke sini jika enggan menanggung kos membina tembok sempadan.

"AS memiliki defisit perdagangan sebanyak AS$60 bilion (RM265.74 bilion) dengan Mexico. Ia adalah perjanjian berat sebelah sejak awal pelaksanaan NAFTA dengan AS menanggung kerugian dan kehilangan pekerjaan.

"Jika Mexico enggan membayar kos membina tembok yang amat diperlukan ini, lebih baik batalkan saja pertemuan akan datang," kata Trump di Twitter. - AFP

279 dibaca
Berita Harian X