Khamis, 26 Januari 2017 | 11:46pm

H5N5: Lebih 15,000 ayam belanda dihapuskan di Hamburg


LEBIH 15,000 ekor ayam Belanda dihapuskan selepas sejenis virus selesema burung, H5N5 ditemui di sebuah ladang ternakan di Steinburg utara Jerman, lapor pihak berkuasa tempatan.

HAMBURG: Lebih 15,000 ekor ayam Belanda dihapuskan selepas sejenis virus selesema burung, H5N5 ditemui di sebuah ladang ternakan di Steinburg utara Jerman, lapor pihak berkuasa tempatan.

Jangkitan sama sebelum ini ditemui pada burung liar di Jerman, Belanda, Itali, Montenegro dan Croatia.

Jangkitan H5N8 ditemui pada ratusan burung liar di Jerman beberapa minggu lalu dan wabak terpencil berlaku di ladang walaupun peraturan kebersihan yang lebih tegas dikenakan terhadap ternakan di kawasan berisiko tinggi.

Bagaimanapun, jangkitan selesema burung hanya pada skala kecil di Jerman berbanding Perancis, yang sudah menghapuskan kira-kira 800,000 ekor itik selepas virus itu menular di barat daya negara itu.

Jangkitan virus selesema burung jenis lain juga dilaporkan berlaku di negara Asia baru-baru ini yang membawa kepada penghapusan berjuta-juta burung di Korea Selatan, Jepun dan beberapa kawasan di China. - REUTERS

36 dibaca
Berita Harian X