Selasa, 31 Januari 2017 | 11:12pm
RUMAH Adolf Hitler dilahirkan.

Bekas pemilik rumah Hitler saman kerajaan Austria

VIENNA: Bekas pemilik rumah di mana Adolf Hitler lahir, mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan Austria yang merampas bangunan itu, kata seorang pegawai mahkamah, hari ini.

Pihak berkuasa negeri menyita bangunan usang di utara bandar Braunau Disember tahun lalu selepas Ahli Parlimen meluluskan undang-undang rampasan khas untuk hartanah kontroversi terbabit.

Tindakan diambil selepas perbalahan bertahun-tahun berlaku dengan pemilik Gerlinde Pommer yang menyewakan premis itu kepada Kementerian Dalam Negeri sejak 1970-an.

Pommer juga dikatakan tidak mahu menjual atau membenarkan kerja pengubahsuaian penting dilakukan terhadap bangunan itu.

Menurut kerajaan, keputusan itu terpaksa dibuat bagi mengelak bangunan itu daripada menjadi tumpuan pengikut neo-Nazi.

Bagaimanapun, Mahkamah Perlembagaan Austria mengesahkan, Pommer sudah mengambil tindakan terhadap undang-undang rampasan khas hari ini.

Pada masa sama peguam Pommer mengancam membawa kes itu ke Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah di Strasbourg, jika keputusan hakim Austria memihak kepada kerajaan. - AFP

140 dibaca
Berita Harian X