Rabu, 1 Februari 2017 | 1:08pm

Nintendo sasar 2 juta unit konsol terbaharu


PRESIDEN Nintendo Co, Tatsumi Kimishima. - Foto AP

TOKYO: Nintendo Co menyasarkan menjual dua juta unit konsol permainan video terbarunya Nintendo Switch pada bulan pertama selepas pelancaran pada 3 Mac ini.

Pengeluar permainan video dari Jepun itu juga komited untuk mengeluarkan lebih banyak peranti untuk telefon pintar pula.

Presidennya, Tatsumi Kimishima, berkata Switch adalah peranti konsol hibrid pertama dan yakin ia akan mendapat pesanan tempahan yang kukuh.

Kimishima berkata, keyakinan jualan baik untuk konsol terbaharu itu adalah rentetan kejayaan mengejutkan permainan video realiti Pokemon Go, yang turut meningkatkan jualan permainan video Pokemon untuk peranti permainan Nintendo 3DS dan juga jualan mesin Nintendo 3DS di seluruh dunia.

Kejayaan itu membantu Nintendo mencatatkan keuntungan luar jangkaan pada suku Oktober-Disember 2016 sebanyak 64.7 bilion yen (AS$569 juta), dua kali melebihi keuntungan syarikat pada tempoh yang sama tahun sebelumnya. - AP

13 dibaca
Berita Harian X