Jumaat, 3 Februari 2017 | 9:28pm

Hanya 192 mangsa banjir di Johor


HANYA 192 mangsa daripada 42 keluarga masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara banjir di daerah Segamat. - Foto Ibrahim Isa

JOHOR BAHRU: Hanya 192 mangsa daripada 42 keluarga masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara banjir di daerah Segamat.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Datuk Ayub Rahmat, berkata sehingga jam 8 malam tadi, tujuh pusat pemindahan sementara masih dibuka di Segamat.

Katanya, semua mangsa banjir ditempatkan di Balai Raya Kampung Pogoh Tengah, Sekolah Agama (SA) Gemereh, Sekolah Kebangsaan (SK) Spang Loi, Kompleks Penghulu Pogoh, Balai Raya Kampung Tekam, Balai Raya Kampung Sanglang dan Balai Raya Kampung Bukit Senggir.

"Hanya Jalan Kampung Sungai Pinggan di Pontian masih terputus hubungan akibat jambatan runtuh," katanya dalam satu kenyataan di sini, malam ini.

142 dibaca
Berita Harian X