Isnin, 13 Februari 2017 | 12:09am
QUALCOMM Snapdragon 625.

Selfie Sempurna Dengan Dwi Kamera


VIVO V5Plus.

PENGGUNA telefon pintar masa kini, terutama mereka yang mengambil gambar selfie sudah pasti akan menitikberatkan aspek kamera hadapan pada model telefon pilihan mereka.

Memahami kehendak pengguna, Vivo Malaysia melancarkan produk terbaharunya, V5Plus yang dilengkapi dengan ciri dwi kamera bagi penghasilan selfie yang sempurna.

Dwi kamera hadapan V5Plus didatangkan dengan spesifikasi masing-masing 20 megapiksel dan 8 megapiksel selain turut dilengkapi dengan 16 megapiksel kamera belakang.

Antara ciri lain yang turut membuatkan telefon pintar V5Plus itu berbeza dengan peranti lain yang berada di pasaran adalah fungsi cahaya lembut.


V5Plus dilengkapi dengan ciri dwi kamera bagi penghasilan selfie yang sempurna.

Ini bermakna, pengguna masih boleh merakam selfie dengan jelas walaupun di dalam situasi kurang cahaya.

Dengan kapasiti bateri 3,160 mAH, telefon pintar itu nyata menggamit perhatian pengguna di samping rekaannya yang elegan dan didatangkan dengan dua warna pilihan ramai iaitu emas dan rose emas.

Vivo V5Plus juga memperkenalkan ciri terbaharu yang dikenali sebagai Bokeh yang mana selfie yang ditangkap menggunakan ciri berkenaan akan menghasilkan gambar muka yang jelas dengan latar belakang yang dikaburkan.

Ia pastinya menimbulkan elemen unik pada gambar dan pengguna boleh meneroka seni fotografi dengan menggunakan ciri Bokeh itu.

V5Plus sudah boleh didapati di pasaran menerusi wakil jualan dan kedai telefon di seluruh negara. Telefon pintar itu dijual pada harga RM1,799 dan pembeli bertuah akan mendapat hadiah misteri sementara stok masih ada.


VIVO V5Plus memperkenalkan ciri terbaharu yang dikenali sebagai Bokeh yang mana selfie yang ditangkap menggunakan ciri berkenaan akan menghasilkan gambar muka yang jelas dengan latar belakang yang dikaburkan.

Ciri Lain:

  • 4GB RAM
  • 64GB ROM
  • Qualcomm Snapdragon 625
  • Pengecasan pantas
  • Berat 158.6 gram
  • Funtouch OS 3.0 berdasarkan Android 6.0
62 dibaca
Berita Harian X
Teruskan ke laman Berita Harian »