Jumaat, 23 Jun 2017 - 11:31PM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

Pokémon memasuki pejabat

ADVERTORIAL

Foto hiasan

Pokemon Go adalah satu titik perubahan, yang memanfaatkan kemajuan dalam kuasa pengkomputeran, data besar dan perisian geo-lokasi untuk mengubah cara kita merasai dan bersemuka dengan dunia.

Kita semua memang suka bermain. Terima kasih kepada kegilaan terkini iaitu Pokemon Go, seluruh pelusuk dunia kini dibanjiri himpunan pemain, memburu pelbagai karakter kartun maya yang kelihatan pelik itu.

Lonjakan mendadak minat terhadap permainan maya itu seolah-olah mengesahkan idea bahawa inovasi digital semuanya adalah berkaitan kelekaan bermain dan tiada kerja, semua tentang permainan dan media sosial, dengan tidak memberi kesan kepada produktiviti dan pertumbuhan ekonomi.

Kami yakin terdapat ramai pakar ekonomi yang ragu-ragu terhadap teknologi kini tunduk kepada 'Pokemania'. Apabila anda bergerak di sekitar bandar, taman, atau pantai, kamera telefon pintar memberikan anda peluang pandangan "berperantara" terhadap persekitaran, agar anda boleh melihat makhluk fiksyen tersebut di bawah pokok di alam nyata atau bertenggek di atas bangku taman serta kelihatan bercampur dalam kehidupan sebenar.

Dilancarkan hanya pada bulan Julai, Pokemon Go mempopularkan "realiti berperantara" (AR) - teknologi digital yang menjadikan objek "maya" sebahagian daripada dunia di sekeliling kita (berbeza dengan "realiti maya" (VR), yang menenggelamkan kita dalam alam semesta alternatif).

Aplikasi baru ini merupakan satu titik perubahan. Ia memanfaatkan kemajuan dalam kuasa pengkomputeran, data besar dan perisian geo-lokasi untuk mengubah cara kita merasai dan berhadapan dengan dunia ini.

Tetapi AR adalah Lebih Daripada Sekadar Sebuah Permainan

Bayangkan anda mempunyai kerja membaiki enjin sebuah jet. Bukan tugas yang mudah. Tetapi bagaimana jika anda mempunyai peranti yang dapat dipakai untuk membolehkan anda melihat apa yang sepatutnya anda lakukan, serta bertindak balas terhadap suara anda untuk membimbing anda melalui setiap proses langkah demi langkah?

Bayangkan anda mempunyai keperluan untuk melaksanakan penyelenggaraan atau pembaikan ke atas mesin yang kompleks di pelantar minyak luar pesisir. Tidak kira bagaimana pintar dan berpengalamannya anda, tidak mungkin semua butiran teknikal terdapat dalam ingatan anda.

Anda boleh membawa bersama anda beberapa buku panduan penyelenggaraan lapangan yang berat untuk rujukan. Atau anda boleh mengambil satu komputer tablet khas, halakan kamera pada peralatan, dan ia akan mengenal pasti mesin itu untuk anda, membolehkan anda untuk melihat bahagian dalaman mesin berkembang tanpa membukanya, dan menunjukkan kepada anda bagaimana untuk melakukan operasi yang diperlukan.

Organisasi seperti GE membangunkan aplikasi industri untuk teknologi AR yang berupaya membuat kerja-kerja menjadi lebih produktif, lebih selamat, dan mudah-mudahan lebih menyeronokkan.

Teknologi realiti maya (VR) turut memiliki lonjakan radikal yang sama. Ia kini boleh menyampaikan pengalaman imersif penuh dengan begitu realistik sehingga hampir boleh mengatasi deria anda.

Kita boleh menggunakan VR untuk mensimulasikan aliran kerja di seluruh kilang. Dengan menggunakan data dari kilang-kilang yang sedia ada, kita boleh melakukan percubaan dengan konfigurasi alternatif, mensimulasikan kesan kegagalan teknikal atau keadaan pasaran seperti kesan mendadak dalam permintaan; VR membolehkan kita melihat bagaimana aliran kerja akan bergerak balas, mengesan masalah yang tidak diduga, dan mengenal pasti cara-cara di mana proses pengeluaran boleh dibuat secara lebih selamat dan lebih cekap.

Bolehkah Ini Memberi Perbezaan kepada Produktiviti?

Ia telah pun berlaku. Realiti berperantara dan realiti maya membantu mewujudkan peningkatan kecekapan yang besar dalam dunia perindustrian-digital di pelbagai sektor.

Konsep permainan atau "Gamification" adalah satu terma yang teruk - tetapi ia sangat sesuai. Manakala digital dan perindustrian kini menjadi satu dan perkara yang sama.

Permainan dan inovasi teknologi kian bergabung - dan apabila ia mengembang skala ke seluruh industri, ia akan menjana gelombang seterusnya dalam pertumbuhan ekonomi.

Jadi sekarang kita akan lihat jika kita boleh menangkap beberapa kartun maya Pokemon berhampiran pejabat.


Trending

    Disyorkan