Khamis, 23 Februari 2017 | 11:32am
80 siswa guru IPGKIK menghadiri program PLC bersama wartawan BH dalam Kursus Audit Bahasa di Kampus IPGKIK, Cheras, Kuala Lumpur. - Foto IPGKIK

115 peserta hadiri program PLC


Seramai 115 pensyarah dan siswa guru IPGKIK menghadiri program PLC bersama wartawan BH. - Foto IPGKIK

KUALA LUMPUR: Seramai 115 peserta merangkumi 80 siswa guru dan 35 pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas (IPGKIK) menghadiri program Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) bersama wartawan Berita Harian dalam Kursus Audit Bahasa di Cheras, di sini, semalam.

Program berlangsung dalam dua sesi masing-masing membabitkan 80 siswa guru di Dewan Kuliah IPGKIK, di sini dan 35 pensyarah di Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) Wilayah Persekutuan, Cheras.

Yang turut hadir, Pengarah IPGKIK, Dr Mohd Suhaimi Mohamed Ali dan Ketua Jabatan Pengajian Melayu IPGKIK, Zainalarifin Yusof.

Peserta kursus diberikan panduan penulisan berita di samping berkongsi kepakaran profesional mengenai dunia kewartawanan dan sejauh mana pendidik menggunakannya dalam kerjaya.

PLC adalah antara pendekatan pedagogi yang diamalkan di IPGKIK khusus kepada pensyarah dan siswa guru yang mencakupi penulisan berita yang perlu dikuasai dalam seni berkomunikasi.

53 dibaca
Berita Harian X