Khamis, 23 Februari 2017 | 11:50pm

Mexico tolak dasar imigresen Amerika


Luis Videgaray

MEXICO: Mexico berikrar menghalang Amerika Syarikat (AS) mengenakan pembaharuan membabitkan pendatang ketika pemimpinnya bersiap sedia bertemu dengan pegawai negara itu.

Ketegasan itu diluahkan Menteri Luarnya, Luis Videgaray, menjelang perjumpaan itu berikutan perbalahan diplomatik terhadap kenyataan Presiden Donald Trump berhubung isu perdagangan dan imigresen.

Pada kempen pilihan raya Presiden tahun lalu, Trump berjanji membina tembok di sempadan AS dan Mexico bagi menghalang kemasukan pendatang dari Amerika Latin itu yang dilabelnya sebagai perogol dan penjenayah.

Malah, kerajaan pimpinan Trump sudah mengeluarkan arahan bagi menahan dan menghantar semula pendatang tanpa izin, yang kebanyakannya adalah dari Mexico.

"Kerajaan Mexico dan rakyatnya tidak akan menerima pendekatan pelbagai hala yang ingin diambil sebuah kerajaan terhadap kerajaan lain.

"Kami akan menerimanya kerana kami tidak perlu melakukannya dan ia tidak mengikut kepentingan Mexico," kata Videgaray.

Beliau berkata, Mexico akan menggunakan 'segala bentuk undang-undang yang ada' untuk melindungi rakyat Mexico yang tinggal di luar negara, termasuk merayu dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). - AFP

108 dibaca
Berita Harian X