Rabu, 1 March 2017 | 12:59pm

OPPO lancar telefon pintar baharu R9S Plus

KUALA LUMPUR: OPPO Malaysia melancarkan model telefon pintar terbaharu, R9s Plus, yang diberikan beberapa penambahbaikan berbanding model terdahulu, OPPO R9s yang dilancarkan awal tahun lalu.

Ia termasuk saiz paparan sebesar enam inci dengan resolusi penuh berbanding model OPPO R9s yang mempunyai saiz paparan 5.5 inci.

Selain itu, telefon pintar itu juga dikuasakan dengan kamera belakang 16 mega piksel IMX398 yang dibangunkan bersama OPPO dan Sony.

Pengarah Jenama OPPO Malaysia, Chen Lu, berkata pihaknya teruja dengan pelancaran telefon pintar itu di negara ini.

"Kami memahami keperluan pengguna yang sentiasa sibuk dan gemar berkongsi gambar aktiviti seharian mereka.

"Oleh kerana tahun ini disifatkan sebagai tahun fotografi mudah alih, kami ingin memberikan telefon pintar yang lebih menonjol kepada pengguna," katanya pada majlis pelancaran telefon berkenaan di sini, hari ini.

OPPO R9s Plus boleh didapati menerusi pembelian atas talian, wakil penjual, laman web e-dagang dan syarikat telekomunikasi yang bekerjasama dengan OPPO pada hari ini.

Ia dijual pada harga RM2,498 dan OPPO turut menawarkan insuran OPPO CARE untuk model telefon ini.

Berita Harian X