Isnin, 13 March 2017 | 5:41pm

Angpau RM66,888 Volkswagen milik Syed Mohammed


PENGARAH Pemasaran VPCM, Roland Ooi (kanan) bersama

VOLKSWAGEN Passengers Cars Malaysia (VPCM) menutup Kempen Tahun Baru Cina dengan menyampaikan "Biggest Angpow of the Year" bernilai RM66,888 kepada pemilik Volkswagen bertuah hujung minggu lalu.

Syed Mohammed Sohaimi, 53 yang berasal dari Kuantan, Pahang layak memenangi hadiah utama itu selepas membeli Vento 1.2L TSI.

"Saya terkejut dan bersyukur kerana memenangi hadiah ini meskipun saya sendiri tidak menjangka.

"Ketika memandu uji Vento, saya dapat merasai kelainan jentera baharu Volkswagen ini.

"Saya merancang untuk menggunakan hadiah kemenangan dengan membawa keluarga menunaikan Umrah, jadi terima kasih Volkswagen - saya kini adalah peminat anda," kata Syed Mohammed.

Kempen berlangsung mulai 1 Januari hingga 15 Februari itu menyaksikan pelanggan yang membeli kenderaan Volkswagen ketika tempoh promosi berpeluang memenangi angpau bernilai RM66,888.

Selain itu, semua pelanggan yang membeli kenderaan Volkswagen ketika tempoh berkenaan juga mendapat angpau pulangan tunai dari RM388 hingga RM1,288.

Berita Harian X