Isnin, 13 March 2017 | 5:57pm

Toyota tawar rebat tunai sehingga RM5,000


MODEL Sienta ditawarkan rebat RM4,000. - Foto Surianie Mohd Hanif

UMW Toyota Motor menganjurkan promosi 'Magnificent Drive' atau Pemanduan Menakjubkan sepanjang bulan ini di semua cawangan dan pengedar sah Toyoto seluruh negara.

Promosi berkenaan menawarkan rebat tunai sehingga RM5,000 bagi model Toyota tertentu, selain tawaran perkhidmatan dan aksesori percuma.

Menurut UMW Toyota, semua model baharu Toyota didatangkan dengan jaminan lima tahun dan tiada had perbatuan, kecuali Hilux dengan perbatuan maksimum 150,000 kilometer.

Bagi model Camry Hybrid, pek bateri untuk Toyota Hybrid Synergy Drive akan mendapat jaminan sehingga lapan tahun dan ia boleh dipindahkan ke pemilik seterusnya, jika kenderaan berkenaan dijual.

Model Vios menawarkan rebat sehingga RM4,000, manakala Camry (RM5,000) dan Sienta (RM4,000).

"Bagi model Hilux, rebat ditawarkan sehingga RM4,000, Altis (RM3,000 dan aksesori percuma bernilai RM5,700), dan Innova (RM3,000).

"Model Fortuner pula menawarkan rebat RM3,000 dan Avanza RM2,000 bagi semua varian," demikian menurut UWM Toyota menerusi kenyataan di Kuala Lumpur.

UMW Toyota menambah, semua ruang pameran Toyota juga akan mengadakan `Toyota Showroom Weekender' pada 10 hingga 12 Mac ini dengan tawaran aktiviti menarik untuk seisi keluarga.

Maklumat lanjut mengenai promosi berkenaan boleh didapati menerusi laman web Toyota.com.my.

INFO

Promosi
rebat tunai

  • Vios - RM4,000 atau RM3,000 + 3 Tahun Servis Percuma (semua varian)
  • Hilux - RM4,000 DC 2.4G (M), DC 2.4G (A) & DC 2.8G (A)
  • Camry - RM5,000 (semua varian)
  • Altis - RM3,000 rebat tunai + aksesori percuma (bernilai RM5,700) (semua varian)
  • Innova - RM3,000 (semua varian)
  • Fortuner - RM3,000 (semua varian)
  • Avanza - RM2,000 (semua varian)
  • Sienta - RM4,000 atau RM3,000 + 3 Tahun Servis Percuma (semua varian)
112 dibaca
Berita Harian X