Selasa, 14 March 2017 | 8:17am

Trinity labur RM3j naik taraf kemudahan komuniti KL Selatan


GAMBARAN artis projek Trinity Aquata yang dimajukan Trinity Group di Sungai Besi, Kuala Lumpur.

TRINITY Group Sdn Bhd (Trinity), salah satu pemaju butik perintis di Malaysia, meneruskan komitmennya dalam mempertingkatkan kemudahan komuniti, dengan menyediakan pelaburan berjumlah RM3 juta untuk memperbaiki dan menaik taraf prasarana sedia ada di Segi Tiga Emas KL Selatan.

Inisiatif berkenaan diusahakan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan ia dijangka siap pada akhir 2018.

Kerja memperbaiki dan menaik taraf kemudahan itu membabitkan Jalan 1/141, Sg Besi, yang mana penambahan daripada dua lorong kepada empat lorong berukuran 23.4 meter lebar.

Ia sekaligus membantu menaik taraf akses bagi pembangunan terkini Trinity iaitu Trinity Aquata yang membabitkan tiga kawasan sekitar utama, Desa Petaling, Sungai Besi dan Salak Selatan.

Trinity Aquata terletak dalam kawasan Segi Tiga Emas KL Selatan, iaitu lokasi strategik di selatan pusat bandar Kuala Lumpur yang menjanjikan salah satu pusat pertumbuhan paling agresif sepanjang 10 tahun akan datang.

Pengasas dan Pengarah Urusan Trinity Group, Datuk Neoh Soo Keat, berkata sebaik kerja melebarkan jalan raya itu siap, keboleh capaian antara kawasan akan bertambah baik, terutama untuk pembangunan terkini kumpulan, Trinity Aquata iaitu projek kondominium berkepadatan rendah yang terletak secara strategik dalam Segi Tiga Emas KL Selatan.

"Dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM370 juta, pembangunan itu merangkumi dua blok kondominium 26 tingkat yang menawarkan 492 unit dengan kemudahan air unik termasuk kolam bertingkat dan ruang istirehat terapung untuk gaya hidup moden lebih menarik dalam persekitaran mendamaikan," katanya menerusi kenyataan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Beliau berkata, pihaknya percaya meskipun pembangunan hartanah adalah nadi perniagaan mereka, usaha untuk memperkaya dan mempertingkatkan nilai kehidupan komuniti setempat turut menjadi keutamaan.

"Sejak ditubuhkan pada 2004, kami sudah melaburkan lebih RM15 juta untuk menjalankan pelbagai pembangunan prasarana yang memberi manfaat kepada komuniti di sekitar projek pembangunan kami," katanya.

Trinity Aquata yang meliputi keluasan kira-kira 1.45 hektar, dikelilingi laluan jalan raya mudah melalui Lebuhraya Besraya, Lebuhraya KL-Seremban, Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) serta Lebuhraya KL-Putrajaya Highway - Maju Expressway (MEX).

Penduduk di kawasan itu juga mendapat manfaat dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) yang terletak dalam jarak hanya satu kilometer.

Selain itu, stesen Transit Aliran Massa (MRT) Sungai Besi yang dijangka siap pada 2022 pula terletak hanya 2.5 kilometer dari Trinity Aquata.

Info:

  • Trinity Aquata, terletak berhampiran beberapa pusat beli-belah utama seperti Mid Valley Megamall, Pusat Beli-belah The Mines, IKEA Cheras, serta dua pusat beli-belah lain yang sedang dibangunkan - Pavilion 2 di Bukit Jalil dan Paradigm 2 di OUG.
  • Trinity Aquata dijangka siap pada pertengahan 2019.
  • 24 dibaca
    Berita Harian X