Sabtu, 29 April 2017 - 9:52AM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

Legion tawar pengalaman baharu permainan digital


LENOVO Legion Y720 Laptop during Lenovo Legion Gaming Launch. - Foto Rosela Ismail

KUALA LUMPUR: Lenovo memperkenalkan siri komputer riba Legion Y720 dan Y520 yang direka bagi menyokong pengalaman permainan digital.

Pengurus Besar Negara Asia Pasifik Tengah Lenovo bagi Malaysia dan Singapura, Khoo Hung Chuan, berkata rekaan Legion adalah yang terbaik, amat berkuasa dan bercirikan peranti pasang dan main serta fleksibiliti untuk dinaik taraf oleh pengguna sendiri.

"Lenovo Gaming Research menunjukkan bahawa 59 peratus pemain komputer peribadi (PC) di seluruh dunia, yang telah bermain selama enam hingga 15 tahun, mahukan pengalaman yang lebih mendalam daripada komputer peribadi mereka.

"Y720 dan Y520 adalah amat berkuasa, ia menawarkan pemain, suasana yang realistik melalui bunyi dan paparan grafik berdefinisi tinggi," katanya sambil menambah Legion Y720 adalah komputer riba Window pertama di dunia yang berasaskan Dolby Atmos PC dengan sistem bunyi yang menakjubkan.

Legion Y720 boleh didapati dalam skrin 15 dan 17 inci manakala Y520 didatangkan dengan skrin 15 inci.

Legion Y250 berharga RM3,299 dan boleh didapati di kedai-kedai eksklusif Lenovo serta kedai pelbagai jenama. Legion Y720 pula berharga RM6,099 dan dijangka boleh didapati menjelang akhir bulan ini. - BERNAMA


Trending

    Disyorkan