Jumaat, 23 Jun 2017 - 11:21PM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

Samsung perkenal televisyen QLED


TELEVISYEN QLED.

KUALA LUMPUR: Samsung Electronics hari ini memperkenalkan produk premium televisyen QLED dan butiran terperinci inovasi terbaharunya, "The Frame" pada majlis pelancaran peringkat global di Paris.

"Dengan kualiti gambar canggih, reka bentuk dan ciri-ciri pintar yang terkini, produk 2017 kami benar-benar membawa kita ke era baharu televisyen," kata Presiden Perniagaan Paparan Visual, HS Kim dalam satu kenyataan hari ini.

Produk televisyen QLED, yang dinamakan sebagai Q7, Q8, dan Q9 direka bentuk dengan tiga penyelesaian utama yang dikenali sebagai Q Picture, Q Smart, dan Q Style, yang menawarkan kombinasi hebat antara cahaya dan warna kepada pengguna, seterusnya mempertingkatkan pengalaman hiburan di rumah.

Televisyen itu juga mempunyai teknologi titik kuantum logam baharu yang mempertingkatkan kualiti gambar, termasuk sudut tonton, volum warna, kecerahan dan kontras.

Syarikat itu juga memperkenalkan alat kawalan jauhnya yang dipertingkat 'Samsung One Remote' dan ia dapat menyokong lebih banyak peranti dan menawarkan keupayaan kawalan suara.

Selain itu, kabel Sambungan Tanpa Wayar yang serba baharu juga membolehkan pengguna mengawal peralatan pintar mereka menerusi satu kabel optikal.


TELEVISYEN inovatif, The Frame.

Sementara itu, The Frame adalah televisyen inovatif yang dihasilkan agar ia kelihatan seperti bingkai gambar.

Paparan itu akan berubah kepada satu hasil seni apabila ia tidak diguna dan apabila ia berada dalam keadaan 'Art Mode'.

The Frame dilengkapi dengan Sambungan Tanpa Wayar dan "No Gap Wall-Mount", yang baharu dari Samsung membolehkan pengguna menempatkannya di mana-mana sahaja di ruang tamu tanpa menampakkan kabel atau wayar. - BERNAMA


Trending

    Disyorkan