Rabu, 28 Jun 2017 - 6:42AM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

Remaja meraung 'cincin' tersekat pada kemaluan

Oleh Fatin Fazlina Yaakob



ANGGOTA Bomba dan Penyelamat, Mohd Asrul Naim Abidin menunjukkan bearing yang berjaya dipotong selepas tersekat pada kemaluan seorang lelaki 20-an di Hospital Pulau Pinang. - Foto Shahnaz Fazlie Shahrizal

GEORGETOWN: Seorang remaja lelaki terpaksa menahan kesakitan lebih 14 jam, selepas 'cincin bearing' yang dipasang tersekat pada kemaluannya yang membengkak dalam kejadian di sini, malam tadi.

Mangsa yang berusia lingkungan 20-an dikatakan terpaksa menahan sakit sejak 8 malam tadi, sebelum dikejarkan ke hospital apabila usaha mengeluarkan cincin itu gagal.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, Mohd Asrul Naim Abidin, berkata pihaknya bergegas ke hospital selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 10.50 pagi tadi.

"Sejurus bomba tiba di Hospital Pulau Pinang (HPP) mangsa dalam keadaan separuh sedar dan kita dapati kemaluannya sudah mulai bengkak.

"Kita menggunakan peralatan khas bagi memotong 'cincin' berkenaan dan operasi itu mengambil masa 10 minit saja," katanya ketika ditemui pemberita, di HPP di sini, sebentar tadi.

Difahamkan, tindakan memasang cincin itu dipercayai bagi tujuan memuaskan nafsu seks.


Trending

    Disyorkan