Jumaat, 23 Jun 2017 - 11:23PM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

Baddrol Pemain Terbaik Liga Super Februari


PRESIDEN Persatuan Pemain-Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) Hairuddin Omar (kiri) menyampaikan Anugerah Pemain Terbaik Bulanan PFAM-Asiana.my kepada pemain pasukan Baddrol Bakhthiar. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Pemain tengah Kedah, Baddrol Bakhtiar dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Liga Super bulan Februari.

Dalam undian Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) itu, Baddrol mendapat undian tertinggi sebanyak 17,073 untuk mengenepikan penjaring terbanyak Kelantan, Muhammad Ghaddar (6,020), Mathew Alves dari Pahang (1,830), pemain Sarawak, Mark Hartmann (765) dan seorang lagi bintang import Pahang, Mohammadou Sumareh (521).

"Syukur dan terima kasih kepada PFAM yang banyak menyokong pemain Liga Malaysia (Liga M) dan tidak lupa juga kepada penyokong serta keluarga.

"Memang saya ada sasaran sendiri musim ini dan berharap Kedah dapat terus cemerlang dengan membawa lebih banyak piala untuk pasukan," katanya selepas majlis penganugerahan anugerah itu di Hotel Grand Blue Wave, Shah Alam, hari ini.

Selaku pemenang, Baddrol menerima hadiah plak, wang tunai RM1,500 sumbangan 139associates dan MVP Sports Agency, trofi sumbangan Ideasia dan gambar berserta bingkai pemain sumbangan Asiana.my.


Infografik

Trending

    Disyorkan