Sabtu, 29 April 2017 - 9:47AM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

Mahasiswa jadi sukarelawan LIMA

Oleh Hamzah Osman



NURUL Annisha Alias (kiri) dan Nurwanim Borhan teruja selepas dipilih sebagai sukarelawan LIMA. - Foto Hamzah Osman

LANGKAWI: Penganjuran Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2017 (LIMA'17) membuka peluang golongan mahasiswa terbabit dalam temasya dwitahunan itu.

Penuntut tahun empat Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Nurul Annisha Alias, 24, antara yang terpanggil berkhidmat selepas membaca iklan pengambilan sukarelawan yang tersebar melalui media sosial.

"Saya dan beberapa rakan menghantar permohonan secara dalam talian kepada penganjur.

"Saya mula bertugas di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) pada Jumaat lalu sehingga Sabtu ini," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Nurwanim Borhan, 24, dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), turut teruja selepas dipilih sebagai sukarelawan bagi melancarkan perjalanan pameran dwitahunan itu yang bakal dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, esok.

"Saya bersama beberapa rakan menghantar permohonan menjadi sukarelawan secara suka-suka, tak sangka terpilih bertugas di sini.

"Kami menjalani sesi temu duga di Kuala Lumpur," katanya.

Mereka adalah antara sukarelawan yang membantu Urusetia LIMA'7 membuat pendaftaran petugas media di MIEC di sini, mulai jam 9 pagi tadi.

Sebanyak 550 syarikat pempamer daripada 38 negara menyertai LIMA edisi kali ini dengan segmen pameran aeroangkasa berlangsung di MIEC di Padang Matsirat, manakala segmen maritim di Tanjung Malai.


Trending

    Disyorkan