Ahad, 26 Mac 2017 - 5:15PM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

Bursa Malaysia ditutup tinggi

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia berakhir tinggi hari ini, dipacu kaunter saham mewah termasuk Petronas Chemicals, IHH Healthcare dan Maxis.

Penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.21 mata untuk ditutup kepada 1,749.41 daripada paras penutup 1,745.2 mata pada Jumaat lalu.

Indeks bergerak antara 1,744.07 hingga 1,755.26 sepanjang hari selepas dibuka 1.13 mata lebih lemah kepada 1,744.07 pada sebelah pagi.

Kaunter untung mengatasi rugi 546 kepada 421, dengan 356 kaunter tidak berubah, 388 tidak didagangkan dan 16 digantung.

Jumlah dagangan 6.01 bilion unit bernilai RM3.01 bilion.

BURSA Malaysia berakhir tinggi hari ini. - Foto fail

Trending

    Disyorkan