Jumaat, 24 Mac 2017 - 4:01PM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

Lelaki maut tengkorak retak dibelasah

Oleh Kandau Sidi

kandau@bh.com.my 

MIRI: Seorang lelaki mati akibat retak tengkorak dipukul menggunakan besi dalam kejadian amuk di Kampung Pasir, Lutong.

Mangsa, Jaya Anak Nyandang, 52, disahkan meninggal dunia jam 3.05 petang tadi di Hospital Miri selepas koma lebih 24 jam hospital itu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Miri, Superintendan Stanley Jonathan Ringgit, berkata susulan itu polis menahan tiga suspek berusia 27 dan 56 tahun bagi membantu siasatan kes itu.

Beliau berkata, suspek akan direman selama empat hari mulai hari ini bagi membantu siasatan kes itu. 

"Dalam kejadian itu mangsa dikatakan minum arak bersama suspek pada petang Ahad sebelum berlaku pertengkaran antara mereka," katanya.

Beliau berkata, seorang suspek hilang sabar lalu menyerang mangsa dan memukulnya menggunakan batang besi.

"Doktor yang merawat mangsa mengesahkan terdapat keretakan di bahagian kiri tengkorak mangsa selain mengalami pendarahan dalam otak," katanya.

Kes berkenaan akan disiasat mengikut 302 Kanun Keseksaan.


Lagi Berita:

Trending

    Disyorkan