Selasa, 25 April 2017 - 3:14AM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

Dua pegawai PDRM tukar jawatan

Oleh Mohd Iskandar Ibrahim


KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran jawatan dua pegawai kanannya berkuat kuasa 17 April Ini.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN), Senior Asisten Komisioner Datin Asmawati Ahmad, berkata Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Baharom Abu ditukarkan ke Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) (Operasi) Pulau Pinang sebagai timbalan ketua.

"Timbalan Ketua JPJKK Pulau Pinang, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik pula akan menggantikan Baharom sebagai Ketua Polis Daerah Kota Bharu.

"Pertukaran dua pegawai kanan itu berkuat kuasa 17 April ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Trending

    Disyorkan