Jumaat, 23 Jun 2017 - 11:33PM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

PTG Johor nafi bilik kebal bolos

Oleh Mohd Fahmi Mohd Yusof


JOHOR BAHRU: Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Johor menafikan berlaku pembolosan dan kehilangan dokumen pemilikan tanah seperti dilaporkan pihak tertentu kebelakangan ini.

Isu berkaitan keselamatan bilik kebal PTG mendapat perhatian pelbagai pihak sejak polis menahan beberapa individu, disyaki terbabit dalam urusan yang diragui berkaitan hartanah di negeri ini.


Mohd Halim Hasbullah. - Foto Hairul Anuar Rahim

Pengarahnya, Mohd Halim Hasbullah, berkata semua dokumen hak milik tanah pendaftar yang disimpan di semua bilik kebal Pentadbiran Tanah Johor berada dalam keadaan selamat.

"PTG Johor ingin menegaskan bilik kebal Pentadbiran Tanah Johor tidak dibolosi dan tidak ada sebarang dokumen pemilikan tanah yang hilang.

"Langkah keselamatan yang sewajarnya sentiasa diambil pihak PTG Johor, termasuk mematuhi segala prosedur ditetapkan bagi semua urusan tanah di Pentadbiran Tanah Johor," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Mohd Halim berkata, PTG Johor sentiasa memastikan tahap keselamatan dokumen di Pentadbiran Tanah Johor kekal berada dalam keadaan baik dan terpelihara.


Trending

    Disyorkan