Selasa, 25 April 2017 - 3:16AM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

Khazali tamat perkhidmatan Ketua Pengarah JKDM

Oleh Zanariah Abd Mutalib


PUTRAJAYA: Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk Seri Khazali Ahmad, hari ini menamatkan perkhidmatannya di jabatan berkenaan, selepas lebih empat tahun dilantik ke jawatan itu.

Hari terakhir beliau diraikan dalam satu Majlis Paluan Berundur di ibu pejabat JKDM di Presint 2 di sini, petang tadi.

Majlis dimulakan dengan acara perbarisan oleh 75 anggota Pasukan Istiadat JKDM, diiringi 30 anggota Pasukan Pancaragam Jabatan Penjara Malaysia.

Khazali kemudian memberikan tabik hormat dan memeriksa perbarisan, sebelum bersalaman dengan lebih 100 kakitangan JKDM.

Khazali, 62, memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 1981 dan memegang jawatan Ketua Pengarah JKDM pada 22 Jun 2012.


KETUA Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk Seri Khazali Ahmad memeriksa perbarisan ketika Majlis Paluan Berundur di Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Presint 2, Putrajaya, hari ini. - Foto Mohd Fadli Hamzah


Trending

    Disyorkan