Selasa, 23 Mei 2017 - 10:49PM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

Bapa, anak maut dibaham buaya

Oleh Poliana Ronnie Sidom


KINABATANGAN: Dua beranak dipercayai mangsa serangan buaya ditemui maut di Sungai Kinabatangan berhampiran Batu Supu, di sini, siang tadi.

Mangsa lelaki berusia 50-an dan anak lelakinya, 13, ditemui meninggal dunia dengan beberapa kesan kecederaan di badan dipercayai akibat dibaham buaya kira-kira jam 12 tengah hari.

Difahamkan, kedua-dua mangsa dari Perkampungan Bersatu Sri Tanjung, Bukit Garam, dekat sini, keluar ke sungai untuk menangkap ikan sejak Sabtu lalu.

Keluarga mangsa yang bimbang selepas dua beranak itu tidak pulang ke rumah kemudian mencari mangsa, sebelum menemui mayat mereka dalam keadaan menyayat hati.

Berdasarkan laporan keluarga mangsa, seorang daripada mangsa ditemui hanya tinggal kepala hingga bahagian dada dan sebelah tangan di kawasan Tanjung Bulat, dekat sini.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Augustine Tuuga ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan awal mengenai kejadian itu.

Beliau berkata, pihaknya akan membuat siasatan lanjut termasuk mengenal pasti sekiranya kejadian itu membabitkan serangan buaya.

"Saya dimaklumkan ada kejadian membabitkan kematian bapa dan anak ditemui dengan kesan luka gigitan.

"Maklumat awal diterima itu diberikan pegawai Jabatan Hidupan Liar Kinabatangan daripada orang awam yang menziarah keluarga mangsa," katanya.

DUA beranak dipercayai mangsa serangan buaya ditemui maut di Sungai Kinabatangan berhampiran Batu Supu, di Kinabatangan. - Foto hiasan

Trending

    Disyorkan