Isnin, 20 March 2017 | 8:55pm

Kit Siang pula gelar Annuar Musa rasis


KETUA Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang. - Foto L. Manimaran

MALIM NAWAR: Sehari selepas digelar rasis, anti-Islam dan diktator politik oleh Tan Sri Annuar Musa, Ketua Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang, menggelar pula Ketua Penerangan UMNO itu sebagai `bapa kepada segala rasis'.

Malah, Kit Siang berkata, Annuar melakukan penghinaan yang besar kepada Islam. 

"Dia (Annuar) sangat terdesak, sangat tertekan sehingga dia rela cakap apa yang tidak berasas.

"Oleh itu, sangat jelas dia adalah `father of all racist'. Apa yang dia buat sangat `disgrace' kepada Islam, penghinaan yang besar kepada Islam. Kalau dia berani, boleh saman saya. 

"Sama ada saya saman dia (berhubung kenyataan Annuar semalam), saya akan rujuk kepada peguam saya," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri program Ceramah Mini, di sini, sebentar tadi.

Semalam, Annuar mengulangi dakwaannya bahawa Ahli Parlimen Gelang Patah itu sebagai rasis, anti-Islam dan diktator politik berdasarkan tindak-tanduknya selama ini.

Pada sidang media itu, Annuar turut menyatakan kesediaannya untuk disaman oleh ahli politik veteran itu jika tidak bersetuju dengan kenyataan berkenaan. 

24 dibaca
Berita Harian X