Isnin, 29 Mei 2017 - 11:53AM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

Zahid sertai bacaan Yasin sempena LIMA'17

Oleh Muhammad Mustakim Ramli

LANGKAWI: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, sebentar tadi menyertai majlis bacaan Yasin bersama 500 jemaah di Masjid Aishah, dekat Kuah, di sini, sempena penganjuran Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2017 (LIMA'17) yang akan bermula esok.

Timbalan Perdana Menteri yang tiba dengan berjubah putih terdahulu mengimamkan solat Maghrib bersama jemaah, disusuli majlis bacaan surah Yasin, tahlil dan doa selamat sebelum solat Isyak dan majlis kenduri rakyat.

Yang turut hadir ialah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dan Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Ir Nawawi Ahmad.

LIMA'17 bermula esok sehingga 25 Mac ini membabitkan penyertaan sebanyak 550 syarikat mempamer daripada 38 negara dengan dianggarkan lebih 40,000 pengunjung bakal hadir.


AHMAD Zahid hadir pada majlis bacaan Yasin bersama 500 jemaah di Masjid Aishah, dekat Kuah, Langkawi. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali


Trending

    Disyorkan