Sabtu, 24 Jun 2017 - 6:27AM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

PAviation memeterai perjanjian dengan AirGo

KUALA LUMPUR: Pecca Aviation Services Sdn Bhd (PAviation), anak syarikat 60 peratus Pecca Group Bhd, menandatangani perjanjian pembangunan bersama dengan AirGo Design Pte Ltd (AirGo) bagi menghasilkan pelapik kerusi pesawat AirGo yang akan dikenali sebagai 'Mark 1'.

PAviation dalam makluman kepada Bursa Malaysia, berkata perjanjian itu berkuat kuasa hari ini dan tamat pada 19 Mac 2019, kecuali jika satu perjanjian pembuatan diperoleh di Malaysia oleh AirGo bagi Mark 1 dan versi berikutnya yang sudah diperakui.

Pecca berkata, pembangunan bersama itu mengambil manfaat daripada teknologi dan reka bentuk kerusi AirGo serta pengetahuan dan pengalaman kumpulan dalam bidang kejuruteraan, termasuk pembuatan sarung kerusi dalam melahirkan Mark 1.

"Kerusi Mark 1 akan dipamerkan di Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2017 untuk membolehkannya mendapat kontrak pengilangan semasa dan selepas pameran," katanya.

Pecca berharap perjanjian dengan AirGo akan membawa kepada kontrak bekalan upholstri kulit bagi penerbangan daripada PAviation kepada AirGo. - BERNAMA


Trending

    Disyorkan