Selasa, 21 March 2017 | 12:15am

Ubat kuat lelaki RM7.08j dirampas

JOHANNESBURG: Pegawai kastam lapangan terbang Afrika Selatan merampas pil perangsang seksual lelaki bernilai AS$1.6 juta (RM7.08 juta) yang hendak dihantar ke Swaziland.

Pegawai kastam menemui 80,000 pil dan 126,000 bungkusan jeli oral di lapangan terbang OR Tambo, Johannesburg, dalam bungkusan yang dihantar dari Mumbai, India.

"Pil ini adalah bahan terlarang dan perlu mendapatkan permit untuk mengimportnya.

"Penghantaran itu diserahkan kepada Majlis Perubatan Afrika Selatan untuk siasatan lanjut," kata Perkhidmatan Hasil Afrika Selatan (SARS) dalam satu kenyataan.

Sementara itu, jurucakap SARS, Sandile Memela, berkata polis akan menyiasat pihak yang menghantar pil itu dan penerimanya. - REUTERS

36 dibaca
Berita Harian X