Selasa, 21 March 2017 | 6:37am

Trump bakal timang cucu ke-9


KENYATAAN Eric menerusi akaun Twitter miliknya

NEW YORK: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump bakal menimang cucu ke-9, selepas anak lelakinya Eric berkongsi berita isterinya Lara sedang mengandung anak pertama mereka.

"@LaraLeaTrump & saya dengan rasa gembira berkongsi kami bakal menambah cucu lelaki #TeamTrump September depan," tulis Eric menerusi akaun Twitter miliknya.

Tulisan itu mendapat reaksi presiden dan beliau mengucapkan tahniah dan membalas tulisan: "Sangat bangga dan gembira untuk kamu berdua, " tulisnya.

Sebelum ini, Trump sudah mempunyai lapan cucu menerusi perkahwinan anak lelaki sulungnya Donald Jr, 39, yang mempunyai lima anak, manakala anak perempuannya Ivanka, 35 mempunyai tiga anak.

Eric, Ivanka dan Donald Jr adalah zuriat hasil perkongsian Trump dan isteri pertamanya Ivana Trump.

AFP

Berita Harian X