Selasa, 23 Mei 2017 - 10:47PM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

Saham AS menjunam diterajui kaunter perbankan

NEW YORK: Saham Amerika Syarikat (AS) berada dalam tekanan semalam, dengan kaunter saham perbankan mula menyusut susulan keraguan Washington akan mengumumkan manfaat ekonomi dalam masa terdekat.

Bank adalah antara penerima manfaat terbesar daripada rali saham selepas pilihan raya yang dicetuskan harapan Presiden AS, Donald Trump yang merancang mengumumkan undang-undang baharu untuk dikuatkuasakan sejak krisis kewangan 2008.

Saham JPMorgan Chase, Bank of America dan sebahagian besar yang lain mencatatkan kejatuhan.

"Bank kini dalam tekanan kerana kajian semula perundangan tidak bergerak secepat seperti yang diharapkan dan bank kini berada dalam suku yang sangat sukar, " kata Ketua Ekonomi FTN Financial, Chris Low.

Indeks Perusahaan Dow Jones kerugian lebih 0.1 peratus untuk ditutup dalam sesi dagangan kepada 20,905.86.

S&P 500 menjunam 0.2 peratus kepada 2,373.47, manakala Nasdaq mencatatkan kenaikan kecil kepada 5,901.31.

AFP


Trending

    Disyorkan