Selasa, 21 March 2017 | 12:05pm
GAMBAR hiasan.

Wanita sawan sesat di hutan

MARUDI: Seorang wanita berusia 52 tahun yang menghidap sawan dilaporkan sesat dalam hutan di Kampung Benawa dekat sini, semalam.

Wanita itu yang sering pengsan dilaporkan tidak pulang ke rumahnya sejak jam 10 malam tadi.

Pembantu Bomba Kanan II, Jabatan Bomba dan Penyelamat Marudi, Iskandar Aus, berkata operasi mencari dan menyelamat turut disertai polis dan penduduk kampung.

"Pencarian mangsa dilakukan sekitar dua kilometer dari lokasi mangsa dikhuatiri hilang.

"Sehingga jam 10 pagi ini, belum ada petunjuk mangsa ditemui," katanya di sini, hari ini.

36 dibaca
Berita Harian X