Ahad, 26 Mac 2017 - 5:22PM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

Vardy, keluarga diugut bunuh selepas Ranieri dipecat

LONDON: Penyerang England dan Leicester City, Jamie Vardy berkata dakwaan dia memainkan di sebalik pemecatan Claudio Ranieri, menyebabkan dia dan keluarganya berdepan ugutan bunuh.

Pemain berusia 30 tahun itu yang cemerlang di depan gawang bagi membantu Leicester menjulang gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu, menyifatkan ancaman yang diperoleh menerusi laman sosial Twitter itu sebagai tamparan besar buat dirinya.

"Saya membaca berita yang mengatakan perjumpaan dalam kalangan beberapa pemain senior dan pemilik kelab mengenai Ranieri berlaku selepas perlawanan dengan Sevilla (kekalahan 2-1 pada aksi pertama Liga Juara-Juara di Sepanyol yang membawa kepada pemecatan pengendali dari Itali itu).

"Ia mendakwa yang saya secara peribadi terbabit dengan perjumpaan itu tetapi saya sebenarnya mengharungi ujian anti doping selama tiga jam," kata Vardy ketika ditemui di kem latihan kebangsaan menjelang perlawanan persahabatan antarabangsa dengan Jerman, esok.

Penyudah berbisa

Vardy yang memperoleh kembali penyudah berbisanya sejak Craig Shakespeare menggantikan Ranieri berkata dia dapat menerima jika ancaman itu terarah kepadanya seorang namun serangan ke atas keluarganya adalah sesuatu yang berbeza.

"Sudah tentu berita itu berlegar dan orang membacanya dan disebabkan itu kamu menerima ancaman bunuh terhadap keluarga kamu, anak-anak dan semuanya.

"Dia media sosial, kamu sebutkan, berjalan di jalanan. Untuk berlaku jujur, saya menerimanya setiap minggu. Peminat bola sepak nampak seperti tidak menggemari saya, " katanya. - AFP

JAMIE Vardy mendakwa dia dan keluarganya berdepan ugutan bunuh. Foto EPA

Trending

    Disyorkan