Khamis, 23 March 2017 | 1:24am

TERKINI: May pengerusi mesyuarat tergempar


PERDANA Menteri Britain, Theresa May. - Foto AFP

LONDON: Perdana Menteri Britain, Theresa May, mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa kecemasan kerajaan selepas apa yang digambarkan polis sebagai 'kejadian pengganas' di luar bangunan Parlimen.

"Mesyuarat Bilik Taklimat Pejabat Kabinet (COBR) diadakan hari ini," kata jurucakap pejabat Perdana Menteri semalam.

Perkhidmatan Ambulans London berkata, ia merawat sekurang-kurangnya 10 orang di Jambatan Westminster, berhampiran bangunan Parlimen.

"Kami mengesahkan merawat sekurang-kurangnya 10 pesakit di Jambatan Westminster dan meletakkan beberapa hospital dalam keadaan berjaga-jaga ketika terus bertindak balas kepada kejadian itu," kata Timbalan Pengarah Operasi Perkhidmatan Ambulans London, Pauline Cranmer.

Pihak berkuasa pelabuhan London pula melaporkan seorang wanita yang ditarik keluar hidup-hidup dari Sungai Thames selepas serangan itu, mengalami kecederaan serius.

Sementara itu, media Perancis melaporkan tiga pelajar sekolah tingginya cedera dalam insiden berkenaan. - Reuters

24 dibaca
Berita Harian X