;
Isnin, 27 March 2017 | 11:14pm

Ronaldo raih pendapatan tertinggi 2016-17


Cristiano Ronaldo. - Foto EPA

PARIS: Bintang Real Madrid dan Portugal, Cristiano Ronaldo menjadi pemain bola sepak meraih pendapatan tertinggi selepas mengaut 87.5 juta euro (RM419.83 juta) bagi musim 2016-17, lapor majalah, France Football.

Pendapatan yang diperoleh penyerang itu jauh melebihi pencabar utamanya dari Argentina dan Barcelona, Lionel Messi yang mengumpul 76.5 juta euro (RM367 juta) bagi tempoh yang sama untuk berada di tangga kedua.

Rakan sepasukan Messi di Barcelona dan pemain Brazil, Neymar di tempat ketiga dengan pendapatan 55.5 juta euro (RM266.25 juta), mengatasi rakan sepasukan Ronaldo di Real, Gareth Bale yang mengaut 41 juta euro (RM196.70 juta).

Pemain Argentina, Ezequiel Lavezzi yang ketika ini beraksi dengan kelab Liga Super China, Hebei Fortune di kedudukan keempat dengan pendapatan 28.5 juta euro (RM136.73 juta).

Pengendali Manchester United, Jose Mourinho menjadi jurulatih menerima gaji tertinggi dengan pendapatan 28 juta euro (RM134.33 juta).

France Football berkata, jumlah berkenaan dikira berdasarkan jumlah gaji, bonus dan pendapatan pengiklanan bagi musim 2016-2017. - AFP

507 dibaca
Berita Harian X