Rabu, 5 April 2017 | 12:25am

Berlian 'Pink Star' dijual RM316 juta di Hong Kong


SEBUTIR berlian merah jambu memecah rekod dunia ketika lelongan batu permata selepas dijual dengan harga AS$71.2 juta. - Foto REUTERS

HONG KONG: Sebutir berlian merah jambu memecah rekod dunia ketika lelongan batu permata selepas dijual dengan harga AS$71.2 juta (RM315.52 juta) di sini, hari ini.

Berlian 'Pink Star' 59.60 karat adalah batu permata terbesar dalam kelasnya pernah dinilai Institut Batu Permata Amerika Syarikat (GIA).

Rumah lelongan Sotheby's berkata, mereka 'berbangga' dengan jualan itu.

'Pink Star' dilombong di Afrika oleh syarikat De Beers pada 1999 sebagai berlian mentah 132.5 karat dan dicanai selama dua tahun.

Pada November 2013, ia dilelong dengan harga rekod tertinggi AS$83 juta (RM365 juta) kepada pencanai berlian New York, Isaac Wolf. Bagaimanapun, Sotheby's mendedahkan beberapa bulan kemudian bahawa Wolf memungkiri perjanjian pembelian itu. - AFP

770 dibaca
Berita Harian X