Rabu, 5 April 2017 | 8:11pm

Beregu campuran tarik diri kerana kecederaan


Shevon Lai dan Goh Soon Huat

KUCHING: Nasib malang menimpa beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai apabila mereka terpaksa menarik diri daripada aksi pusingan pertama Terbuka Malaysia di Stadium Perpaduan Kuching, hari ini.

Mereka yang seharusnya membuat penampilan pertama dalam kejohanan bertaraf Siri Super Premier itu, menarik diri susulan masalah kecederaan buku lali yang dialami Soon Huat ketika menjalani latihan, semalam.

"Soon Huat mengalami kecederaan buku lali, jadi terpaksa menarik diri. Agak serius juga kerana buku lalinya bengkak," kata jurulatih beregu campuran, Pang Cheh Chang ketika dihubungi, sebentar tadi.

Keputusan itu menyaksikan lawan mereka dari China, Wang Yilyu-Huang Dongping tidak perlu bermandi peluh dan diberi kemenangan percuma untuk mara ke pusingan kedua Terbuka Malaysia.

43 dibaca
Berita Harian X
Teruskan ke laman Berita Harian »