Ahad, 16 April 2017 | 11:51am

Maut jatuh tingkat 17

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat 17 kuarters Balai Bomba dan Penyelamat Titiwangsa di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 5.46 pagi itu, mangsa dijaga oleh datuk dan neneknya manakala bapa dan ibunya berada di Institut Jantung Negara (IJN) menjaga kakaknya yang akan menjalani pembedahan.

Mangsa dipercayai memanjat kerusi di balkoni sebelum terjatuh dan disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman, berkata pemeriksaan awal polis di lokasi kejadian mendapati pintu pada balkoni kediaman berkenaan terbuka.

"Ada dua kerusi di balkoni, dipercayai digunakan mangsa untuk memanjat besi sebelum terjatuh.

"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Bagaimanapun, siasatan lanjut masih diteruskan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mayat mangsa kini berada di HKL untuk bedah siasat.

44 dibaca
Berita Harian X