;
Rabu, 7 Januari 2015 | 12:28pm

NASA makin hampir temui planet 'kembar Bumi'


Gambaran lakaran artis keadaan mengorbit bintang yang berkembang membentuk planet nebula yang menakjubkan. Terdahulu dalam hayatnya, planet ini mungkin seperti salah satu daripada lapan dunia baru ditemui mengorbit di zon habitat kepada himpunan bintang di orbit.. - Gambar ihsan http://www.wired.com/

MIAMI: Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika (NASA) semakin hampir menemui apa yang dinamakan sebagai planet 'kembar bumi' susulan pengumuman penemuan lapan planet baharu yang mengelilingi orbit.

Dua daripada lapan planet yang mirip bumi juga seperti planet yang sudah dikenali adalah berada di luar sistem matahari, demikian menurut pakar astronomi memberitahu Persidangan Persatuan Astronomi Amerika ke-225 di Seattle, Washington, hari ini.

"Pasangan kembar bumi itu dikatakan mempunyai permukaan keras dan berbatu dengan kedudukannya dari lingkaran bintang yang terlalu panas atau terlalu sejuk untuk air serta kemungkinan hidupan bernyawa wujud di planet berkenaan," kata pakar astronomi.

Penemuan itu menambahkan lagi planet yang yang dikatakan terletak berdekatan dan bersaiz bumi, serta dipercayai apa yang dinamakan 'Goldilocks zone" atau zon habitat kepada himpunan bintang di orbit.

"Kami semakin dekat daripada yang diusahakan selama ini untuk menemui 'kembar bumi' yang mengeliling himpunan bintangnya," kata Fergal Mullally dari Pejbat Kepler NASA.

NASA dengan bantuan misi pencarian Kepler, satu teleskop angkasa yang berkebolehan mencerap lebih 150,000 bintang di sekitar planet yang di luar dari sistem solar, dilancarkan pada 2009.

Himpunan terbaharu planet yang dijumpai Kepler dan diumumkan semalam ialah 554, menjadikan semua 4,175 planet berpotensi ketika ini. - AFP

793 dibaca
Berita Harian X