Isnin, 22 Mei 2017 - 11:41PM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

Jaguar F-PACE dinamik

Oleh Mohd Zaky Zainuddin


JAGUAR F-PACE dinobatkan sebagai kereta tercantik dan terbaik di dunia pada Anugerah Kereta Dunia 2017 selepas meraih dua anugerah berprestij iaitu Kereta Terbaik Dunia dan Kereta Rekaan Terbaik Dunia.

Kenderaan utiliti sukan berprestasi ini adalah model paling laris yang dihasilkan Jaguar dan menjadi model kedua dalam sejarah 13 tahun Anugerah Kereta Dunia.

Kejayaan memenangi dua anugerah itu berdasarkan 75 undian diterima F-PACE daripada wartawan automotif dari 24 negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Jaguar Land Rover, Dr Ralf Speth, berkata F-PACE direka dan dibangunkan sebagai kenderaan utiliti sukan (SUV) berprestasi dengan elemen dinamik yang luar biasa, untuk kegunaan harian dan rekaan menonjol.

"Anugerah ini sebagai penghargaan kepada bakat dan kerja berpasukan untuk menghasilkan F-PACE, kereta paling praktikal di dunia dan kenderaan paling laris Jaguar."

Anugerah itu menjadi kejayaan keseluruhan pertama Jaguar pada Anugerah Kereta Dunia.

Tahun lalu Jaguar XE menjadi finalis untuk anugerah Kereta Rekaan Terbaik Dunia 2016.


KERETA paling praktikal di dunia dan kenderaan Jaguar paling laris.

F-PACE mengatasi pesaing Audi Q5 dan Volkswagen Tiguan untuk meraih anugerah Kereta Terbaik Dunia 2017.

Pengarah Reka Bentuk Jaguar, Ian Callum berkata, F-PACE adalah SUV pertama yang menterjemahkan jenama Jaguar dan mengangkat jenama itu sebagai Kereta Terbaik Dunia 2017.

Antara dua persaing utama F-PACE untuk anugerah Kereta Rekaan Terbaik 2017 ialah Mercedes-Benz S-Class Cabriolet dan Toyota C-HR.

Terdapat pilihan enjin untuk varian F-PACE daripada enjin 2.0 liter 4-silinder diesel yang inovatif dengan pelepasan asap serendah 126g/km.

Varian berikutnya adalah yang berprestasi tinggi dengan kuasa 380PS hasil daripada enjin petrol pengecas turbo V6 yang mampu memecut daripada 0-100km/j dalam masa 5.5 saat.

Info:
Jaguar F-PACE

  • Enjin 2.0L 4-silinder diesel dan enjin petrol pengecas turbo V6
  • Kuasa 380PS
  • Menangi Kereta Terbaik Dunia dan Kereta Rekaan Terbaik Dunia


Trending

    Disyorkan