Jumaat, 5 Mei 2017 | 7:02am

Tips Hartanah: Pemilihan warna sesuai kediaman


GABUNGAN warna juga boleh menceriakan kediaman jika bijak menggunakan ruang. - Foto Google

Putih - Salah satu warna neutral dan boleh digabungkan dengan baik bersama warna lain.

- Dilihat lebih bersih, tetapi dinasihatkan tidak terlalu banyak kerana akan dilihat sangat kosong dan kaku.

Kelabu

- Memberikan ruang kediaman dilihat lebih luas, tetapi jika terlalu berlebihan dilihat lebih suram.

Hitam

- Warna pada dinding akan menampakkan lebih kukuh, kuat, gagah dan elegan. Jika berlebihan membuatkan dinding rumah seram dan berada dalam kondisi gelap.

Hijau dan Biru

- Warna sangat baik untuk diaplikasikan di tempat tinggal. Hijau menggambarkan alam semula jadi, manakala biru menjadikan dinding rumah tampak lebih menarik serta sejuk.

Ungu

- Warna yang nyaman, menyenangkan dan teduh. Selain itu, membuatkan kesan rumah semakin unik.

Selain itu, gabungan warna juga boleh menceriakan kediaman jika bijak menggunakan ruang.

122 dibaca
Berita Harian X