Isnin, 22 Mei 2017 - 11:26PM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

MPD perkenal aplikasi Wanita

Oleh Syalikha Sazili



Pengurus Besar Kanan Media Prima Labs & Operasi, Nicholas Sagau (dua dari kiri) bergambar bersama barisan jurulatih pada majlis perasmian Aplikasi kecergasan "wanita" di Cafe Blokke Citta Mall, Subang. - Foto NSTP/Osman Adnan

PETALING JAYA: Media Prima Digital (MPD) memperkenalkan aplikasi kecergasan yang pertama khusus untuk wanita dalam memberi akses mudah kepada golongan ini tampil sihat secara fizikal.

Aplikasi 'Wanita' menawarkan pelbagai kandungan video menarik merangkumi pelbagai rutin senaman dan kecergasan selain memberi tips serta informasi berguna berkaitan kesihatan.

Dibangunkan inkubatornya Media Prima Labs, Wanita menampilkan kandungan tempatan dengan penampilan selebriti terkenal seperti Atilia Haron, Nana Al Haleq dan pakar kecergasan untuk mengemudi pelbagai jenis video tutorial.

Pengguna boleh mengikuti pelbagai video senaman merangkumi yoga, lean body dan zumba.

Pengurus Besar Kanan, Media Prima Labs dan Operasi, Nicholas Sagau, berkata Media Prima Digital sentiasa mencari kelainan dan formula baharu bagi menghasilkan aplikasi mudah yang memudahkan urusan seharian rakyat Malaysia.

"Aplikasi Wanita adalah pusat sehenti untuk mereka yang ingin melakukan aktiviti kecergasan tetapi terbatas oleh waktu dan masa.

"Pemilihan jurulatih wanita dilakukan dengan cukup teliti kerana kami mahu menampilkan kandungan yang terbaik.

"Wanita yang dipilih ini mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing dan ia penting supaya pengguna dapat mempelajari teknik senaman dan rutin kecergasan yang mudah, betul dan membawa perubahan terhadap gaya hidup mereka," katanya pada majlis pelancaran Wanita, di sini.

Nilai tambah yang ada pada aplikasi ini seperti artikel berkaitan fesyen, kecantikan, kesihatan dan gaya hidup sesuai dijadikan bacaan santai kepada wanita aktif.

Kandungan premium merangkumi video tutorial yang lebih eksklusif seperti senaman lebih ekstrem atau mengikut aras kesukaran ditawarkan untuk pembelian.

Bagaimanapun artikel premium yang ditawar secara percuma adalah yoga sticks, back roller therapy & fat blaster (terapi untuk pesakit slipped disc) disediakan dalam aplikasi untuk manfaat bersama.

Muat turun secara percuma di Apps Store untuk pengguna iOS dan Google Play Store bagi pengguna Android.

Info: Aplikasi Wanita

  • Segalanya mengenai gaya hidup aktif wanita

  • Senaman yang sesuai untuk semua peringkat umur termasuk senaman bagi wanita mengandung

  • Tutorial solekan juga akan ditawarkan dalam kandungannya

  • Kandungan premium hanya berharga RM7.90 secara bulanan.

APLIKASI 'Wanita' dari Media Prima Digital (MPD) di https://play.google.com/store/apps/details?id>com.mediaprima.wanita&hl>en

Trending

    Disyorkan