Rabu, 17 Mei 2017 | 3:04pm

Boon Siew Honda perkenal CBR250R 2017


HONDA CBR250R.

KUALA LUMPUR: Boon Siew Honda Sdn Bhd meneruskan usaha untuk menawarkan lebih pilihan model motosikalnya dengan memperkenalkan CBR250R 2017 bagi pasaran Malaysia hari ini.

Tawaran baharu itu adalah sebahagian daripada usaha berterusan Boon Siew Honda untuk memenuhi kehendak peminat motosikal.

CBR250R dilengkapi enjin dengan sistem penyejukan cecair 250cc empat lejang dan silinder tunggal baru serta menghambur kuasa 20.2kW pada 8500 rpm dan tork maksimum 23.3 Nm pada 7500 rpm.

Jentera itu bukan hanya memberikan prestasi yang menakjubkan dalam RPM rendah, malah pada RPM tinggi sekali gus mengekalkan karektor sport CBR.

Selain itu, varian terbaru model itu bersaiz kompak yang membantu menjadikannya lebih ringan, memberikan pengalaman baharu dalam tunggangan.

Ia mempunyai berat 161 kilogram dengan kapasiti tangki sebanyak 13 liter dan menggunakan sistem minyak "programmed fuel injection" (PGM-Fi).

Siri warna baru CBR250R bagi edisi kali ini adalah merah melenium, kuning lemon dan hitam manakala harga bermula dari RM21,940.94 termasuk cukai barang dan perkhidmatan (GST).

Model terbaharu itu turut didatangkan dengan jaminan selama dua tahun atau 20,000 kilometer.

93 dibaca
Berita Harian X