Khamis, 18 Mei 2017 | 9:42am

Cabutan bertuah koleksi kasut dan potongan 40 peratus

KUALA LUMPUR: Pengunjung ke Fiesta Muslimah BH 2017 (FMBH'17) akan berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah koleksi kasut 'Sari Wedges' dan potongan sehingga 40 peratus menerusi pembelian edisi terhad kasut Shopperlicious Boutique, di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) pada 2 hingga 4 Jun ini.

Pemilik Shopperlicious Boutique, Intan Zuraini Hassan, berkata kasut berkenaan adalah antara produk keluarannya yang paling mendapat sambutan kerana keselesaan dan mudah disuai padankan dengan jeans mahupun baju kurung.

"Ia dinamakan sedemikian kerana kasut ini menjadi pilihan aktres Sari Yanti yang sering menggunakan kasut ini setiap kali menjalani penggambaran drama.

"Kasut ini yang selesa dan ringan membuatkan ia juga menjadi pilihan kebanyakan artis lain seperti Dynaz Mokhtar, Salina Saibi, Zara Zya dan Diana Danniele," katanya yang dihubungi BH, semalam.

Mengulas penyertaannya dalam FMBH'17, Intan Zuraini berkata, ia adalah penyertaan kedua butik itu selepas pembabitan kali pertama dalam karnival beli-belah anjuran BH yang diadakan di Pusat Pameran dan Konvensyen MATRADE (MECC), pada 2015 lalu.

Katanya, kejayaan dua penganjuran FMBH lalu membuatkan pihaknya menimbangkan untuk menyertai FMBH sebagai acara tahunan butik miliknya.

"Penyertaan kami bukan secara suka-suka kerana paling penting adalah untuk memastikan produk kami bersifat eksklusif dan hanya untuk acara besar seperti FMBH'17.

"Sepanjang pengalaman kami dengan FMBH lalu, pengunjung yang datang bukan saja dari sekitar ibu negara tetapi juga Johor Bahru dan Pulau Pinang," katanya.

Berkongsi keistimewaan produk keluarannya, Intan Zuraini berkata, sempena penyertaan dalam FMBH'17 pihaknya menawarkan 'signiture sandals' yang memiliki lebih 15 pilihan warna.

Malah, beliau turut menghasilkan kasut edisi terhad sempena hari raya ini dengan corak kulit ular, glitter dan kain lace.

Kasutnya yang dijual dari harga RM79 hingga RM119 juga boleh didapati di butik vendor Vendeville, Kota Damansara dan Johor Baharu, selain butik Shopperlicious yang baru dibuka di Oasis Gallery, Senawang.

Untuk tempahan gerai FMBH'17, hubungi Hani atau Lisa di talian 014-6639447, 013-2112591, 018-2742140 dan 012-6088968 atau e-mel shueelliscomm@gmail.com.

Info Fiesta Muslimah BH 2017

- Berkonsepkan pasar lokal.

- Menyediakan 130 gerai jualan pelbagai produk khususnya fesyen Muslimah.

- Aktiviti diadakan termasuk pertunjukan fesyen.

- Lebih 10 artis membuat persembahan.

- Menggabungkan penggiat fesyen tempatan terkenal dan baharu mencipta nama.

- Suasana santai tetapi meriah.

28 dibaca
Berita Harian X