Jumaat, 19 Mei 2017 | 11:37am

Che Ta, Janna yakin Piala FA milik Kedah


Rozita Che Wan dan Janna Nick

KUALA LUMPUR: Dua artis terkenal, Rozita Che Wan dan Janna Nick yakin Piala FA akan menjadi milik pasukan negeri kelahiran mereka.

Kedah akan membuat perhitungan terakhir menentang Pahang di Stadium Shah Alam, malam esok.

"Semestinya saya yakin dan mahu Kedah membawa pulang kejuaraan Piala FA kali ini.

"Pasukan bola sepak Kedah antara yang sering bolos ke peringkat akhir pertandingan ini, jadi mereka kena menang.

"Saya ramal Kedah akan membenam Pahang dengan 2 gol berbalas 0," kata Rozita.

Sementara itu, Janna yang baru dinobatkan sebagai Pelakon TV Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH 3.0 juga bersetuju dengan pandangan Rozita.

"Semestinya pasukan Kedah akan muncul juara. Melihat rekod pasukan kebanggaan saya sebelum ini, tak mustahil rezeki akan menyebelahi Kedah.

"Dengan barisan pemain Kedah sekarang, tugu kekuatan mereka tak mampu diroboh dan diganggu gugat. Hidup Kedah!," katanya.

31 dibaca
Berita Harian X