Isnin, 22 Mei 2017 - 11:44PM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

Mohd Shahar Komander Briged Utara PGA baharu

Oleh Farah Suhaidah Othman



PENGARAH Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Seri Muhammad Sabtu Osman (tengah) menyaksikan Komander Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA), Senior Asisten Komisioner Zahari Ahmad (kanan) menyerahkan tongkat kuasa kepada Komander Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA) yang baharu, Senior Asisten Komisioner Mohd Shahar Ibrahim di Kem Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta, Ipoh. - Foto Abdullah Yusof

IPOH: Bekas Penolong Pengarah Tadbir Urus dan Kepolisan Am, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Asisten Komisioner Mohd Shahar Ibrahim dilantik sebagai Komander Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA) yang baharu, berkuat kuasa esok.

Mohd Shahar dinaikkan pangkat dengan memangku jawatan Senior Asisten Komisioner, menggantikan Senior Asisten Komisioner Zahari Ahmad, 60, yang bersara wajib bermula esok.

Majlis serah terima tugas berlangsung di Mes Pegawai Kanan, Kem Briged Utara PGA Ulu Kinta dekat sini, hari ini, dengan disaksikan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Seri Mohammad Sabtu Osman.

Majlis berkenaan turut menyaksikan serah terima tugas Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Briged Utara antara Norsidah Abd Rahman dan Hasna Alibin, sambil disaksikan isteri Muhammad Sabtu, Datin Seri Wan Safiah Wan Salim.


Trending

    Disyorkan